uniti !

23 mei 2011 (isnin)
bermulalah perjalanan ku sebagai pelajar di kolej uniti . banyak perkara yang aku pelajari disini , terutamanya mengajar aku erti berdikari . ya , mmg benar , aku mengaku yang selama ini aku terlalu dimanjakan oleh kedua ibu bapa ku . hanya allah sahaja yang tahu bagaimana persaan ku . rindu , sedih dan bermacam macam situasi yang aku harungi . aku terlalu merindui kedua ibu bapaku . baru aku tahu bagaimana perasaan mereka yang berjauhan dengan kedua ibu bapa mereka . sungguh menyeksakan . di kolej uniti , aku diberi tempat tinggal di sebuah rumah di tingkat 3 . tinggi bukan ?
tapi itulah namanya dugaan . alamat rumah yang diberi ialah c3-11 . dalam rumah ini , aku mempunyai 6 orang housemate dan 4 orang roommate termasuk aku .
alhamdulillah semuanya baik-baik belaka . nama diberi ialah siti suhaila , nur elisa atma , lailiza .
seindah nama , seindh budi pekertinya .
sememangnya mereka mengambil berat akan tentang diri ku . disini kami berkongsi segala-galanya .
dari segi makanan , katil , dan semua yang menjadi kepunyaan .
ya allah , terima kasih kerana telah memberi sebuah persahabatan yang telah lama ku percayai .
mmg dulu , aku tidak mempercayai dengan sebaris perkataan yang dipanggil SAHABAT . tapi kini semuanya telah berubah . di sini aku telah di ajar untuk lebih matang untuk membuat segala keputusan , dan semua keputusan bergantung kepada diriku . aku sedar , sekarang aku tidak lagi boleh malas untuk belajar , kerana aku tidak mahu mengecewakan ibu bapaku lagi . cukuplah di zama persekolahan dulu aku telah banyak mengecewakan kedua ibu bapaku .
aku perlu tabah kerana aku adalah anak yang sulung didalam keluargaku .
aku perlu menunjukkan contoh yang terbaik untuk kedua adik-adikku .

29 mei 2011 (ahad)
aku keluar ke port dickson untuk membeli barang keperluan rumah kerana kami tidak dibenarkan balik buat sementara waktu . memang seronok buat kami . pada mulanya mmg kami gelabah dan tidak tahu untuk berbuat apa kerana masing-masing tidak pernah pergi sejauh ini . station bas kami tidah tahu mana letaknya . sungguh melucukan .
dan pada akhirnya kami temui juga tempatnya .



No comments:

Post a Comment

Analia :)